KUCHING, 5 Mac: Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti BAS.MY Kuching mula beroperasi secara berfasa hari ini.
Bas itu beroperasi di laluan pertama dari Open Air Market ke Serian melibatkan enam bas baharu yang mesra orang kurang upaya (OKU).
Bercakap kepada media di Kuching hari ini Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata program di bawah Kementerian Pengangkutan Persekutuan itu diharap akan diperluaskan ke bahagian lain di negeri ini.
Bas itu beroperasi menggunakan sistem pembayaran terbuka, yang membolehkan penumpang membayar menggunakan kad debit, kad kredit, e-dompet atau tunai.
#BilikBeritaCATS #CATSFM
Kredit Foto: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak