• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

06 March 2025 | 11:20 AM

Seorang lelaki meninggal dunia dalam kejadian bot karam

MIRI, 5 Mac: Seorang lelaki meninggal dunia manakala seorang lagi cedera dalam kejadian bot karam di Rumah Mekar, Sungai Putat, Asam Paya, Kuala Baram pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.22 pagi.

Dalam kejadian itu, kedua-dua mangsa ke hulu sungai Baram untuk memancing sebelum bot yang dinaiki tiba-tiba gagal dikawal lalu karam. Kedua-dua mangsa terjatuh ke dalam sungai tersebut.

Kedua-dua mangsa diselamatkan oleh penduduk kampung yang kebetulan berada di sekitar sungai tersebut.

Namun, salah seorang daripada mangsa dikenali sebagai Vincent Patrick berusia 58 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

Manakala seorang lagi mangsa berusia 27 tahun yang mengalami kecederaan di kepala dan tangan dihantar ke Hospital Miri untuk menerima rawatan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok