KUCHING, 5 Mac: Tiga termasuk seorang wanita warga tempatan ditahan atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan memiliki senjata berbahaya di Jalan Laman Cenderawasih, Februari lepas.
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata hasil pemeriksaan ke atas kereta Proton Saga yang dinaiki suspek mendapati, kenderaan itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan mempunyai pelbagai peralatan pecah rumah.
Beliau dalam satu kenyataan hari ini memberitahu kesemua suspek juga mempunyai rekod lampau melibatkan kes jenayah dan positif dadah.
Ujarnya, salah seorang suspek lelaki juga terlibat dalam kes curi di kawasan Sungai Maong.
Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 2 tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.
ACP Farhan menambah kes juga disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan kakisan dan letupan dan senjata berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 2 tahun dan sebatan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM