• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

06 March 2025 | 11:11 AM

Dua lelaki warga tempatan diberkas dalam kes pecah rumah

KUCHING, 5 Mac: Dua lelaki warga tempatan diberkas kerana dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah dengan anggaran kerugian RM20,000 di kawasan Tabuan Jaya, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau melibatkan kes dadah.

Katanya, hasil saringan awal ujian air kencing ke atas salah seorang suspek, didapati positif dadah.

Selain itu, ACP Farhan memberitahu kedua-dua suspek juga terlibat dalam dua kes pecah rumah dan dua kes curi yang masih dalam siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebatan.

Tambahnya, kes juga disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama 7 tahun atau denda atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudian boleh dihukum dengan penjara dan denda atau sebatan.

Turut dirampas sebuah motosikal Honda Wave Alpha.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok