KUCHING, 5 Mac: Polis menahan empat lelaki warga tempatan atas kesalahan memiliki senjata berbahaya di kawasan Kampung Gita, bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata salah seorang daripada suspek dipercayai terlibat dalam kes curi kabel di kawasan Gita.
Katanya, Polis turut merampas sebuah kereta perodua Myvi, satu laras senapang angin buatan sendiri dan pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri kabel.
Beliau memberitahu kesemua suspek mempunyai rekod lampau melibatkan kes jenayah dan dadah. Hasil saringan ujian air kencing ke atas semua suspek juga didapati positif dadah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 7 tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya.
#BilikBeritaCATS #CATSFM