KUCHING, 5 Mac: Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti meneruskan Program Sumbangsih Raya tahun ini.
Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata sejumlah 12,000 kontena sumbangsih raya akan diserahkan kepada 11 agensi penguatkuasaan dan keselamatan serta badan-badan beruniform di negeri ini.
Katanya, sumbangan itu merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam menghargai pengorbanan barisan hadapan yang bertugas sempena Hari Raya Aidilfitri demi menjaga keselamatan dan ketenteraman di Sarawak.
Berucap pada Majlis Pembungkusan Sumbangsih Raya 2025 di Wisma Wanita di Kuching hari ini, beliau berkata ia adalah satu pengorbanan yang besar apabila para petugas perlu meninggalkan keluarga, isteri atau anak semasa Aidilfitri demi tugasan.
Ujarnya, pada tahun ini, pihaknya menambah satu produk Sumbangsih Raya iaitu mee kolok segera, menjadikan keseluruhan enam produk termasuk serunding daging, kek buah, kacang botak, kad ucapan raya dan kopi serta teh (3 dalam 1).
Beliau berharap sumbangan itu dapat memberi keceriaan kepada anggota yang bertugas semasa Hari Raya tanpa berada di sisi keluarga.
Sementara itu, Dato Sri Fatimah memberitahu Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2025 akan disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia pada Jumaat ini.
Beliau menambah pihaknya juga akan melaksanakan sesi Ziarah Sumbangsih tahun ini melibatkan beberapa agensi penerima antaranya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara Malaysia (JPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada 12 Mac.
#BilikBeritaCATS #CATSFM