• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 January 2025 | 04:39 PM

Sarawak akan menjadi tuan rumah Kejohanan Tenpin Boling Remaja Dunia (IBF) 2026

KUCHING, 24 Jan: Sarawak akan menjadi tuan rumah Kejohanan Tenpin Boling Remaja Dunia (IBF) 2026 di Megalanes Sarawak.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia adalah satu pencapaian yang membanggakan dalam sukan boling selain pengiktirafan global kepada Sarawak yang memiliki venue boling bertaraf dunia.

Katanya, penganjuran kejohanan itu akan menginspirasikan lebih ramai golongan belia di negeri ini untuk menyertai sukan tersebut.

Mengulas mengenai kesediaan Sarawak untuk menganjurkan kejohanan bertaraf dunia itu, Dato Sri Karim berkata beliau yakin Persatuan Tenpin Boling Sarawak (ABAS) mampu menganjurkan kejohanan itu dengan sokongan dan bantuan kerajaan negeri.

Ujarnya, ia tidak mustahil kerana pada ketika ini, banyak kejohanan peringkat antarabangsa sedang berlangsung seperti Piala Dunia Kriket T20 Wanita Bawah 19 Tahun dan akan ada lagi kejohanan yang bakal berlangsung di Sarawak.

Beliau berkata demikian pada sidang media Sarawak Hornbill Team Cup 2025 di Kuching hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok