KUCHING, 24 Jan: Persatuan Tenpin Boling Sarawak (ABAS) akan menganjurkan kejohanan boling Sarawak Hornbill Team Cup 2025 pada 11 hingga 16 Februari ini.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kejohanan edisi keempat itu diadakan di Megalanes Sarawak yang mempunyai kemudahan bertaraf dunia dan teknologi yang memenuhi piawaian antarabangsa.
Katanya, kejohanan itu merupakan acara tenpin boling paling berprestij di rantau ini yang mampu menarik persaingan peringkat tinggi dan penglibatan dengan pemain boling tempatan dan antarabangsa.
Ujarnya, lebih banyak acara sukan antarabangsa akan berlangsung di Sarawak tahun ini yang sekali gus akan meningkatkan jumlah pengunjung datang ke negeri ini sejajar dengan usaha Kerajaan Sarawak mencapai 5 juta pengunjung tahun ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media Sarawak Hornbill Team Cup 2025 di Kuching hari ini.
Kejohanan itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah lebih RM60,000 termasuk trofi, pingat dan produk sukan boling.
#BilikBeritaCATS #CATSFM