Kuching, 24 Januari: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini melancarkan jualan khas bersempena Sambutan Tahun Baru Cina 2025.
FAMA dalam kenyataan menyatakan bahawa jualan khas tersebut akan berlangsung bermula hari ini hingga 28 Januari nanti melibatkan kesemua 72 premis FAMA di seluruh Sarawak.
Menurut kenyataan tersebut, FAMA menyasarkan jumlah jualan sebanyak RM500 ribu sepanjang 4 hari pelaksanaan jualan khas itu.
Simbolik pelancaran telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman di Medan Niaga Satok, Kuching, hari ini.
Dalam pada itu, bersempena majlis pelancaran tersebut, FAMA turut mengadakan jualan 'Happy Hour' Kombo Agro MADANI yang melibatkan barangan keperluan seperti gula, tepung, minyak masak, dan bawang.
Jualan kombo itu terhad kepada 1,000 unit sahaja, dengan harga RM10 per kombo, memberikan penjimatan sebanyak 30% daripada harga asal.
Selain itu, antara barangan lain yang ditawarkan termasuk produk usahawan industri makanan asas tani, produk Agromas, rambutan anak sekolah, telur ayam pelbagai gred, ayam segar, dan daging burung puyuh.
#BilikBeritaCats #Catsfm