LUNDU, 24 Jan: Seramai 38 orang dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu menerima sumbangan sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata daripada jumlah penerima itu, 22 penerima adalah orang asnaf, 15 orang Ketua-Ketua Kaum dan Masyarakat Daerah Lundu dan tiga orang kaunselor yang merayakan perayaan itu.
Berucap semasa menyampaikan sumbangan itu di Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu semalam, beliau berkata penyerahan sumbangan itu diadakan setiap tahun oleh Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu untuk membantu golongan yang memerlukan seperti warga emas, orang kurang upaya dan ibu tunggal.
Dalam perkembangan lain, Azizul turut menyeru Ketua-Ketua Kaum dan Masyarakat Daerah Lundu untuk memaklumkan kepada penduduk kampung masing-masing yang belum mendaftar Sarawak Id atau Sarawak Pay bagi Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) untuk hadir ke Dewan Serbaguna Mahligai Gading Lundu, esok bermula jam 8 pagi.
#BilikBeritaCATS #CATSFM