KUCHING: ADUN N.8 Satok, Dato Ibrahim Baki memberitahu bahawa projek jambatan ikonik di Kampung Bintangor yang dijangka bakal siap sepenuhnya pada Mei tahun ini.
Menurut beliau, jambatan tersebut bukan sahaja bakal menjadi tarikan pelancong, tetapi juga mampu meningkatkan aktiviti ekonomi di kawasan Satok.
Buat masa ini, katanya lagi, satu lorong jambatan akan dibuka sementara sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk kemudahan penduduk setempat.
Namun, pembukaan penuh hanya akan dilakukan selepas pembinaan jambatan itu selesai sepenuhnya demi memastikan keselamatan pengguna.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengagihkan buah limau dan kad ucapan Tahun Baru Cina di sekitar Jalan Nanas dan Jalan Rubber dekat Satok, pada Khamis.
#BilikBeritaCATS #CATSFM