• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 January 2025 | 04:15 PM

33 Rumah Terjejas Banjir di Kampung Stass, Bau

BAU: Sebanyak 33 buah rumah terjejas akibat banjir di Kampung Stass, di sini, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10:50 malam.

Menurut laporan, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan Dua, Mohamad Lamchi segera digerakkan ke lokasi pada jam 11:05 malam bersama tiga anggota dan sebuah jentera jenis Dmax.

Bagaimanapun, usaha pemantauan di kawasan kampung itu terhalang kerana beberapa jalan kampung terputus akibat paras banjir yang mencecah lebih 6 kaki.

Penduduk kampung memaklumkan bahawa paras air yang memasuki kediaman di kawasan rendah telah mencapai ketinggian sehingga 4 kaki. Namun, tiada operasi pemindahan dilakukan kerana ramai penduduk memilih untuk kekal di rumah mereka.

Anggota bomba bertindak memberikan nasihat agar penduduk berpindah ke kawasan lebih tinggi sekiranya paras air terus meningkat.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok