MIRI, 3 Dis – Seorang suri rumah berusia 50-an di sini menjadi mangsa penipuan (scam) kerja sambilan selepas tertarik dengan iklan di TikTok, mengakibatkan kerugian RM130,000.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata, wanita tempatan itu dihubungi oleh seorang suspek yang menyamar sebagai ejen dan dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram.
Beliau menerusi kenyataan hari ini memberitahu, mangsa dijanjikan akan menerima komisen tetapi suspek meminta beberapa transaksi wang sebagai syarat.
Mangsa menyedari dirinya ditipu apabila bayaran tambahan terus diminta dan kes ini sedang disiasat pihak polis.
Dalam pada itu, Dato Mancha Ata menasihatkan orang ramai agar berhati-hati terhadap tawaran kerja sambilan di media sosial dan membuat penelitian sebelum membuat sebarang pembayaran.
#BilikBeritaCATS #CATSFM