• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

03 December 2024 | 01:58 PM

Sarawak Lanjutkan Inisiatif Perubahan Iklim Melalui Kerjasama dengan Itali

Kuching, 2 Disember: Sarawak terus bergerak maju menghadapi cabaran perubahan iklim global melalui kerjasama antara syarikatnya, Acacia Power Sdn. Bhd. dengan NextChem S.p.A dari Itali.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerjasama ini bertujuan untuk menggabungkan pengalaman dan kepakaran dimiliki NextChem, yang dilihat sebagai peneraju dalam bidang tenaga.

Katanya, kerjasama ini diharap dapat mencipta pelbagai penyelesaian inovatif untuk mempercepatkan peralihan tenaga ke sumber tenaga hijau yang mampan.

Beliau juga menekankan harapan terhadap potensi kerjasama antara kedua-dua syarikat ini dalam mencapai matlamat global.

Tambah beliau, walaupun Sarawak merupakan ekonomi kecil yang berkembang, tetapi beliau yakin bahawa kerjasama antarabangsa ini mampu membuka peluang baru untuk memperkukuhkan daya saing Sarawak dalam inisiatif perubahan iklim global.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Acacia Power Sdn. Bhd. dan NextChem S.p.A di Kuching, hari ini.

Majlis Menandatangani MOU tersebut telah disempurnakan oleh Datuk Amar Abdul Aziz Dato Husain yang mewakili Acacia Power Sdn Bhd selaku pengarah manakala, NextChem S.p.A pula diwakili oleh Naib Presiden Kanan (Strategi Korporat dan Perniagaan), Giovanni Sule. 

Menerusi MOU ini, kedua-dua syarikat diharap dapat meneruskan usaha bersama untuk memanfaatkan teknologi terbaru dalam tenaga hijau dalam mengurangkan kesan perubahan iklim, sekali gus memperkasa ekonomi dan kesejahteraan global.

#BilikBeritaCats #Catsfm

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok