MIRI, 2 Dis: Empat pekerja termasuk dua warganegara asing cedera selepas berlaku kebakaran di sebuah kilang papan lapis di Miri pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 10.42 pagi.
Komander Operasi memaklumkan kebakaran berlaku apabila pekerja tersebut menjalankan kerja-kerja kimpalan (welding) di tempat pembakaran kayu.
kesemua pekerja yang melecur di badan dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM