KUCHING: Sebahagian laluan di Jalan Matang Baru Fasa Dua dijangka akan digunakan bermula bulan hadapan, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (MIPD) berkata, pembukaan jalan sepanjang 2 Kilometer (KM) itu adalah bagi memberi laluan kepada pihak kontraktor untuk menaiktaraf jalan bersebelahan yang sedia ada.
Justeru, beliau menggesa penduduk di sekitar Jalan Matang untuk terus bersabar sepanjang projek sedang dijalankan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa mengadakan lawatan kerja ke tapak projek naik taraf Jalan Matang Baru Fasa Dua di sini, hari ini.
Sementara, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.6 Tupong merangkap Setiausaha Politik Premier Sarawak, Datu Fazzrudin Abdul Rahman berharap projek naik taraf Jalan Matang Baru Fasa Dua sepanjang 4.4 KM yang bernilai RM 54.59 juta itu akan siap pada penghujung tahun 2025.
Turut hadir sama, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Aidel Lariwoo.
#BilikBeritaCATS #CATSFM