• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 November 2024 | 05:07 PM

119 kes ketirisan barang kawalan di Sarawak telah diambil tindakan, catat rampasan RM21.5 juta

KUCHING, 22 Nov: Sebanyak 119 kes ketirisan barang kawalan di Sarawak melibatkan nilai rampasan sebanyak RM21.5 juta telah diambil tindakan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Dr Fuziah Salleh berkata ia dikesan menerusi 2,558 pemeriksaan di bawah Ops Tiris 3.0 yang dijalankan pada 1 Januari hingga 20 November lalu.

Katanya, daripada kes itu, penyelewengan minyak diesel banyak dikesan terutama di sempadan Sarawak yang keseluruhnya mempunyai 15 pintu masuk. 

Baru-baru ini juga katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak telah merampas 10 tan metrik minyak masak di sebuah premis yang tiada lesen sah terletak berdekatan sempadan negeri ini.

Sehubungan itu, Dr Fuziah meminta orang awam untuk bersama-sama menyalurkan maklumat sekiranya berlaku sebarang ketirisan barang kawalan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan pemeriksaan KITA GEMPUR di sebuah pasar raya di Kuching hari ini.

KITA GEMPUR adalah langkah kerajaan untuk membina gerakan massa dalam menangani isu ketirisan barang kawalan di negara ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok