LUNDU, 22 Nov: Sebanyak 917 unit tangki air dengan peruntukan RM779,000 diagihkan kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Lundu untuk mengatasi masalah air di kawasan itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berharap agar KMKK memantau pemberian tangki air dengan telus dan efektif agar dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Simbolik Penyerahan tangki air DUN N3 Tanjong Datu Tahun 2024 di Pejabat Daerah Lundu semalam.
Azizul berkata Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi akan memulakan Projek Bekalan Air Wilayah Lundu Sematan dengan kos RM200 juta tahun hadapan dan dijangka siap pada 2027.
Jelasnya, projek itu akan mengatasi masalah air dari Lundu hingga ke Telok Melano dengan pembinaan loji rawatan air baharu.
#BilikBeritaCATS #CATSFM