KAPIT, 21 Nov: Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas dalam insiden bot karam selepas terlanggar batu di tengah-tengah sungai di kawasan Nanga Makoh Batang Rajang dijumpai hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mangsa, Bubut Benang berusia 57 tahun dijumpai di Nanga Makoh jam 3.30 petang.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.
Dalam kejadian pada Selasa lepas, mangsa bersama isteri dan seorang lagi lelaki dalam perjalanan dari Nanga Benin Rumah Belaja menuju ke pekan Kapit dengan menaiki bot sebelum ia karam.
Bagaimanapun, isteri mangsa dan lelaki tersebut dilaporkan selamat.
#BilikBeritaCATS #CATSFM