SARIKEI, 21 Nov: Lapan individu termasuk tujuh warganegara Indonesia maut selepas kereta Perodua Alza yang dinaiki bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Lebuhraya Pan Borneo hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.40 petang.
Akibat kemalangan itu, dua mangsa tercampak keluar manakala enam lagi masih tersepit dalam kenderaan itu.
Kesemua mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.
Sementara dua mangsa yang menaiki pacuan empat roda dikeluarkan dari kenderaan itu oleh orang awam dan mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan KKM.
#BilikBeritaCATS #CATSFM