SRI AMAN, 21 Nov: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas keluar ke kebunnya di Sungai Raya Ibol jam 11 pagi semalam.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya hanya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.30 pagi tadi.
Semasa kejadian, mangsa, Niang Lasa berusia 75 tahun beralamat Rh Ringgit Ibol, Sri Aman tidak memakai baju dan hanya berseluar panjang dan membawa parang.
Menurut penduduk kampung, mangsa mempunyai sejarah penyakit jantung.
Operasi mencari diaktifkan hari ini meliputi radius 5 kilometer dari lokasi kebun mangsa.
#BilikBeritaCATS #CATSFM