Kuching, 19 November: Sarawak berjaya capai sasaran kehadiran 4 juta pelancong lebih awal daripada jangkaan.
Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dalam satu sidang media hari ini selepas sesi penggulungan kementeriannya.
Bagaimanapun, sasaran tersebut tidak berhenti setakat itu, katanya, Sarawak kini berusaha untuk mencapai 4.6 juta pelancong.
Jika ia tercapai, ini akan mencatatkan rekod baru sebagai kehadiran pelancong teramai sejak kali terakhir ia dicapai pada tahun 2019 lalu.
Beliau juga yakin dengan usaha berterusan dan kerjasama semua pihak, sasaran yang lebih tinggi dapat dicapai.
Untuk itu, MTCP menyasasarkan kehadiran 5 juta pelancong pada tahun hadapan, yang akan menjadi penanda aras penting dalam pembangunan sektor pelancongan di Sarawak.
Foto: Japen
#BilikBeritaCats #Catsfm