BAU: Seorang wanita mengalami kecederaan ringan selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori trailer berhampiran Kampung Skiat, Jalan Jambusan Bau, pagi tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, insiden itu dilaporkan pada pukul 8:10 pagi.
Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau tiba di lokasi lapan minit kemudian dan mendapati mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam.
Mangsa kemudian diberikan rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Bau untuk rawatan lanjut.
JBPM turut menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa berwaspada dan memandu dengan berhati-hati, terutama di kawasan yang berisiko tinggi berlaku kemalangan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM