LUNDU, 18 Nov: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) melahirkan ramai pemimpin yang dekat dengan rakyat sehingga dipilih oleh penduduk untuk menjadi Ketua-Ketua Kaum dan Masyarakat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan berkata untuk menjadi Ketua Kampung ada had umur untuk berkhidmat tapi untuk menjadi Ketua Ranting atau Ahli Jawatankuasa Cawangan akan terus diterima dalam parti.
Katanya, mereka seterusnya akan menyuarakan pendapat sekali gus membantu membangun Kampung dan Ranting masing-masing selari dengan pembangunan yang dibawa oleh Ketua Cawangan.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Bersama Ketua-Ketua Ranting sesi 2024-2027 dan AJK Cawangan PBB N3 Tanjong Datu Sesi 2022-2024 di Lundu semalam.
#BilikBeritaCATS #CATSFM