BEKENU, 12 Nov: Dua lelaki cedera dalam kemalangan tiga buah kenderaan berhampiran Kampung Satap, Bekenu pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 9.45 pagi.
Komander Operasi memaklumkan kemalangan melibatkan sebuah kereta, pikap dan lori.
Katanya, kedua-dua mangsa berusia 18 dan 20 tahun yang tersepit di dalam kereta dikeluarkan dan diberi rawatan awal.
#BilikBeritaCATS #CATSFM