KUCHING, 12 Nov: 20 buah sekolah rendah dan dua sekolah menengah menerima perkhidmatan internet.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi) Datuk Liwan Lagang berkata daripada jumlah itu 14 buah sekolah telah dilengkapi dengan capaian internet menerusi pakej ‘Starlink Business Priority 1 Terabyte’.
Katanya, sekolah itu termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Ju, SK Nang Maong, SK Nanga Ensiring dan SK Nanga Jambu.
Manakala, katanya, lapan buah sekolah lagi mendapat perkhidmatan fiber dan jalur lebar internet.
Datuk Liwan memberitahu semua sekolah di DUN Meluan akan dibekalkan perkhidmatan internet oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tempoh kontrak dari Julai tahun ini hingga Julai tahun depan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Meluan Rolland Duat Jubin pada persidangan DUN Sarawak hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM