KUCHING, 11 Nov: Kerajaan Sarawak akan membina perumahan dan kemudahan baharu untuk penjawat awam di seluruh negeri ini.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pihaknya komited untuk menangani masalah kekurangan perumahan kerajaan untuk penjawat awam.
Ujarnya, pembinaan itu dijangka dimulakan pada 2025 dengan peruntukan awal sebanyak RM200 juta.
Datuk Patinggi Abang Johari berkata demikian semasa membentangkan Belanjawan Sarawak 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM