KUCHING, 11 Nov: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Belanjawan Negeri 2025 berjumlah RM15.8 bilion.
Beliau semasa membentangkan belanjawan itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di Bangunan DUN hari ini berkata jumlah yang dicadangkan itu merupakan peningkatan sebanyak RM2.2 bilion atau 16 peratus berbanding RM14.6 bilion dalam belanjawan 2024.
Katanya, belajawan itu diperbaharui untuk meringankan beban kewangan kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana serta meneruskan pelaksanaan program dan projek yang berteraskan rakyat.
Sementara itu, Datuk Patinggi Abang Johari memberitahu Sarawak diunjurkan memperoleh pendapatan mencecah RM14 bilion tahun ini, mengatasi pendapatan tahun lepas sebanyak RM13.3 bilion.
Setakat Oktober, Sarawak telah memperoleh kutipan hasil berjumlah RM12.2 bilion.
Ujarnya, ia akan menjadi satu lagi pencapaian yang memecahkan rekod, menetapkan kutipan hasil tertinggi dalam sejarah Sarawak.
#BilikBeritaCATS #CATSFM