KUCHING, 11 Nov: Sarawak memperkenalkan bantuan kewangan khas berbentuk wang saku sebanyak RM1,200 kepada setiap pelajar negeri ini yang melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi di seluruh Malaysia.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata bantuan itu akan memanfaatkan 25,000 pelajar Sarawak daripada keluarga berpendapatan rendah dengan pendapatan per kapita isi rumah RM1,500 ke bawah, sebulan.
Ujarnya, RM30 juta akan diperuntukkan untuk bantuan tersebut.
Beliau semasa membentangkan Belanjawan Sarawak 2025 pada persidangan DUN hari ini berharap pelajar Sarawak akan terus cemerlang dalam pelajaran.
#BilikBeritaCATS #CATSFM