Kuching, 11 November: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak sekali lagi menganjurkan Simposium Organisasi Antarabangsa Pendidikan Sains dan Teknologi (IOSTE) ke-21 bagi tahun 2024, sebagai platform perbincangan bidang Sains dan Teknologi.
Bertemakan "Pendidikan Sains dan Teknologi untuk Kelestarian dan Keadilan Sosial", simposium ini menumpukan kepada usaha menangani krisis global seperti perubahan iklim, keterjaminan makanan, dan konflik geopolitik.
Selain itu, ia ini juga turut menekankan pendidikan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) untuk memenuhi permintaan global terhadap tenaga kerja mahir dalam menghadapi ekonomi dunia yang semakin berkembang.
Sekitar 200 peserta termasuk perwakilan tempatan dan antarabangsa mengambil bahagian dalam simposium tersebut, untuk berkongsi pandangan dan kerjasama dalam bidang Sains dan Teknologi.
Lebih 30 kertas kerja akan dibentangkan sepanjang simposium ini yang berlangsung selama lima hari, bermula hari ini sehingga 15 November nanti.
#BilikBeritaCats #Catsfm