Putrajaya, 8 November: Kerajaan merancang untuk membina lapan lagi Pusat Pemindahan Kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas di seluruh negara bagi kegunaan mangsa banjir.
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pihaknya telah mengenal pasti lokasi pembinaan PPK tersebut di Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Johor, dan Perak.
Katanya, urusan projek ini telah memasuki peringkat tender, dengan Sabah dan Sarawak dikendalikan oleh kerajaan negeri masing-masing, manakala negeri-negeri lain akan diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya.
Tambah beliau, pembinaan PPK berkenaan dijangka mengambil masa sehingga 15 bulan untuk disiapkan, dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM5 juta bagi setiap pusat.
Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas sesi libat urus persiapan kerajaan menghadapi Musim Tengkujuh (MTL) 2024/2025 di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia di Pulau Meranti, Putrajaya, hari ini.
Sumber & Gambar: BERNAMA