MIRI, 8 Nov - Seorang lelaki meninggal dunia setelah kenderaan Perodua Axia yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke dalam semak berhampiran jalan pada pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kejadian berlaku sekitar jam 6.50 pagi di Jalan Kuala Baram Bypass, Miri.
“Siasatan di tempat kejadian mendapati, semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa berusia 55 tahun memandu kenderaan ke tempat kerja telah hilang kawalan dan terbabas ke dalam semak berhampiran jalan.
"Kemalangan ini menyebabkan kenderaan mangsa mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan mangsa telah disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Tudan semasa menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan.
Susulan itu satu kertas siasatan dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
#BilikBeritaCATS

#CATSFM
Foto Polis Daerah Miri
Foto Polis Daerah Miri