Kuching, 8 November: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak berkongsi usahanya dalam pembangunan komuniti di Sarawak dengan menyertai Karnival Kita MADANI.
Pengurus Komunikasi Strategik AZAM, Hassnal Hakim Junaidi berkata, karnival tersebut menjadi platform bagi AZAM untuk memperkenalkan pelbagai inisiatif dan projek pembangunan komuniti yang diterajui mereka di Sarawak.
Menurutnya, penglibatan AZAM dalam karnival itu diharapkan dapat memberi inspirasi serta meningkatkan kesedaran mengenai pembangunan komuniti yang lebih makmur dan inklusif.
Hassnal dalam kenyataan hari ini menambah, penglibatan AZAM ini juga secara tidak langsung akan mengukuhkan jenamanya sebagai sebuah organisasi yang memfokuskan kepada pemerkasaan masyarakat di peringkat negeri dan kebangsaan.
Terdahulu, Karnival Kita MADANI dijadualkan berlangsung pada 9 dan 10 November ini di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak, Kuching.
Pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan di reruai AZAM, yang menawarkan pelbagai pengalaman interaktif serta penerokaan mengenai usaha-usaha pembangunan komuniti di Sarawak.
#BilikBeritaCats #Catsfm