MARUDI, 8 Nov: Tujuh penghuni hilang tempat berteduh selepas tiga buah rumah mereka musnah terbakar di Kampung Long San, Ulu Baram semalam.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.50 tengah hari.
Komander Operasi memaklumkan tiga rumah dua tingkat jenis separuh kekal itu dianggarkan musnah 90 peratus.
Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM