KUCHING, 7 Nov: Projek pembetungan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong dijangka siap 90 peratus hujung bulan ini.
ADUN Tupong Datuk Fazzrudin Abdul Rahman berkata projek pembetungan tersebut telah menjejaskan jalan raya di seluruh Kampung Pinang Jawa dan Kampung Laruk Skim.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat diikuti lawatan ke tapak projek tersebut di Kuching hari ini.
Katanya, beliau diberi taklimat oleh jabatan pembetungan dan perunding mengenai status projek tersebut.
Datuk Fazzrudin yang juga Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak berkata kerja-kerja penurapan semula jalan raya yang terjejas akan dimulakan selepas siapnya projek pembetungan bagi memberi keselesaan dan keselamatan kepada orang ramai.
#BilikBeritaCATS #CATSFM