KUCHING, 6 Nov: Perkhidmatan e-hailing Maxim semakin penting bagi pelajar universiti yang tinggal di luar kampus atau rumah sewa.
Penyediaan perkhidmatan alternatif yang selamat dan efisien itu ekoran larangan kenderaan persendirian di kebanyakan universiti.
Melalui kerjasama dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Maxim memastikan operasi yang lancar dan selamat untuk pelajar, termasuk penyediaan bangku menunggu di kampus.
Maxim dalam kenyataan media hari ini berkata, Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara Maxim E-hailing dan pihak pengurusan UNIMAS bagi tujuan tersebut.
Baru-baru ini, Maxim Johor bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk acara tiga hari yang dinamakan UNBOCS 2024.
Pengarah Maxim Malaysia, Mohd Hazwan Musley berkata, pihaknya komited menyokong pendidikan dan membantu pelajar dengan kod promosi bagi mengurangkan kos perjalanan.
Secara keseluruhan lebih daripada 50 bangku telah dihantar ke kebanyakkan kampus seluruh negara tahun ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM