SEMATAN, 6 Nov: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) menyalurkan peruntukan sebanyak RM100,000 untuk menaiktaraf Apostolik Worship Centre Sematan, Fasa 3.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N3 Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata Kerajaan Sarawak melalui UNIFOR telah banyak membantu kebajikan dan keperluan rumah ibadat bagi memastikan nilai dan tradisi lama berkaitan keagamaan sentiasa terpelihara.
Beliau berharap peruntukan itu dapat mempertingkatkan keselesaan dalam menunaikan ibadat dan menarik ramai golongan muda untuk sama-sama membantu dalam program keagamaan dan kebajikan mengikut agama masing-masing.
Azizul berkata demikian ketika menyampaikan peruntukan itu di Pejabat Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu.
#BilikBeritaCATS #CATSFM