KUCHING, 5 Nov: Ketua Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Serian, Macswyzer Richard Riot, 47, meninggal dunia pada tengah malam tadi.
Macswyzer Richard Riot meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, pada 12 tengah malam tadi dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Katolik Kampung Pitchin, Serian pada 7 November ini.
Mendiang merupakan anak kepada Ahli Parlimen Serian, Dato' Sri Richard Riot Jaem.
"Dengan perasaan yang amat pilu dan sedih dimaklumkan bahawa anak saya Macswyzer telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12 tengah malam sebentar tadi," menurut Richard Riot dalam kumpulan WhatsApp.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah. Yusof dalam Facebook rasminya turut menzahirkan ucapan takziah keatas Ahli Parlimen Serian, Dato' Sri Richard Riot atas pemergian anak lelaki beliau.
Fadillah dalam laman Facebooknya berkata, pemergian mendiang adalah satu kehilangan besar kepada keluarga, SUPP dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Foto: Datuk Seri Fadillah Yusof FB
#BilikBeritaCATS #CATSFM #sarawak