SERIAN, 5 Nov : Pasangan suami isteri melalui detik cemas apabila kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki mereka terbakar di Bukit Rasau, Jalan Pan Borneo Serian, malam tadi.
Insiden yang berlaku pada pukul 9:57 malam itu menggemparkan kawasan berdekatan sebelum pihak Bomba tiba dengan pantas untuk mengawal keadaan.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan pagi ini memberitahu bahawa mangsa, Salaw Rindung dan isterinya, Josephine Mita, sempat keluar dari kenderaan tersebut sebelum api merebak sehingga memusnahkan 90 peratus kereta berkenaan.
Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian, diketuai oleh Komander Operasi, Gilbert Majem, melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan aliran salur bantu mula dari jentera bomba.
Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak berkuasa.
#BilikBeritaCATS #CATSFM