Kota Samarahan, 4 November: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) perkukuhkan kerjasama dengan Kerajaan Sarawak, bangunkan sektor pendidikan dan penyelidikan wilayah ini.
Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Ahmad Hata Rasit berkata, UNIMAS terus komited menyokong usaha kerajaan Sarawak dalam meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan.
Katanya, ia bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan berkemahiran tinggi untuk masa akan datang.
Sementara itu, UNIMAS juga turut terlibat dalam sektor penyelidikan yang menyokong agenda pembangunan dalam membantu kerajaan merangka dasar dan strategi pembangunan yang lebih efektif.
Maka dengan itu, beliau menegaskan bahawa usaha UNIMAS sebagai platform pertukaran pengetahuan dan kepakaran dalam merancang dan melaksanakan dasar-dasar bagi mencapai visi Sarawak sebagai wilayah maju menjelang tahun 2030.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Konvokesyen UNIMAS kali ke-28, hari ini.
#BilikBeritaCats #Catsfm