Kota Samarahan, 4 November: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Ja’afar, menekankan kepentingan ilmu sebagai asas pembentukan jati diri dalam membangun potensi pelajar.
Beliau berkata, penting untuk tidak membiarkan keangkuhan mengatasi nilai tersebut kerana ia dapat menghalang pertumbuhan dan perkembangan diri mereka.
Maka dengan itu katanya, pembentukan jati diri perlu dipupuk dalam diri setiap pelajar sebagai peneraju dalam membentuk masa depan yang lebih cerah untuk Sarawak dan Malaysia.
Beliau turut mengingatkan para pelajar untuk terus memupuk jati diri serta mengamalkan ilmu yang diperolehi agar ia menjadi inspirasi dan contoh kepada generasi akan datang.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Konvokesyen UNIMAS kali ke-28, hari ini.
Dalam pada itu, Tun Dr Wan Junaidi menzahirkan ucapan tahniah kepada bakal graduan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang bakal menerima sijil masing-masing dalam Majlis Konvokesyen UNIMAS ke-28, minggu ini.
#BilikBeritaCats #Catsfm