Kota Samarahan, 4 November: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) meraikan seramai 3938 orang graduan dalam Majlis Konvokesyen UNIMAS kali ke-28, minggu ini.
Berdasarkan jumlah tersebut, seramai 3,321 orang merupakan graduan prasiswazah manakala 617 orang lagi merupakan graduan pascasiswazah.
Majlis sidang pertama hari ini telah disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Ja’afar sebagai Canselor UNIMAS yang baru setelah dilantik tahun ini.
Sementara itu, majlis sidang pertama ini akan melibatkan seramai 617 graduan untuk menerima sijil masing-masing, melibatkan seramai 124 graduan menerima sijil Ijazah Sarjana dan Kedoktoran, 465 menerima sijil Ijazah Sarjana dan 28 lagi menerima sijil Diploma Pascasiswazah.
Konvokesyen UNIMAS ke-28 bakal melibatkan sebanyak 7 sidang kesemuanya yang berlangsung selama 5 hari bermula hari ini hingga Jumaat nanti.
#BilikBeritaCats #Catsfm