KUCHING, 1 Nov: Lelaki yang dipercayai terjatuh dari Jambatan Sungai Maong, Kampung Gita Lama, ditemui mati lemas hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Latif Iring ketika dihubungi berkata, mayat mangsa dikenali Aliffadri Aslam, 34 tahun, dijumpai pukul 3.50 petang pada jarak kira-kira 50 meter dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).
Jelasnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke PKB sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, mangsa dilaporkan terjun ke dalam sungai di hadapan isteri dan dua anaknya dalam kejadian yang berlaku di Jambatan Sungai Maong sekitar jam 8.50 pagi semalam.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua ditamatkan pukul 4.50 petang susulan penemuan mangsa.
#BilikBeritaCATS #CATSFM