Tanjung Manis, 31 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Tanjung Manis bersama Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah menahan sebuah vesel nelayan tempatan yang melanggar syarat lesen dalam satu operasi sekitar 8.05 pagi pada Rabu.
Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak anak Numpang dalam satu kenyataan semalam berkata, vesel tersebut ditahan ketika sedang menangkap ikan di kedudukan 3.7 batu nautika dari Tanjung Pasir Mas.
Hasil pemeriksaan mendapati vesel tersebut dikendalikan oleh seorang tekong dan lima kru warga tempatan berumur antara 17 hingga 50 tahun.
Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana pelanggaran syarat sah lesen.
Tekong dan kesemua kru telah ditahan dan hasil tangkapan ikan campuran yang dianggarkan seberat 4,500 kilogram dirampas dan diserahkan kepada pegawai siasatan untuk tindakan lanjut.
#BilikBeritaCats #Catsfm