KUCHING, 1 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan mahu menjadikan kawasan pentadbirannya sebagai hub pelancongan.
Katanya, ia merupakan visi pembangunan kawasan itu selari dengan visi Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjadikan kawasan itu seperti Dubai.
Berucap pada Majlis Penangguhan Bengkel Pembangunan DUN Tanjong Datu di Kuching semalam, beliau berkata Bengkel Pembangunan N3 Tanjong Datu 2024 adalah penanda aras perkembangan terkini projek di kawasan itu agar penambahbaikan dapat dijalankan untuk mencapai matlamat projek daripada maklum balas Ketua-Ketua Kaum Dan Masyarakat Daerah Lundu serta Kaunselor -Kaunselor Majlis Daerah Lundu.
Ujarnya, sebanyak 311 projek telah dilaksanakan meliputi Projek Transformasi Luar Bandar Sarawak (RTP), Projek Rakyat , Greater Kuching Coordinated Development Agency (GKCDA), Projek Kecil Luar Bandar Sarawak (MRP), Unit Hal Ehwal Agama -Agama Lain (UNIFOR) dan Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) bagi tempoh tiga tahun dari 2022 hingga tahun ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM