Kuching, 31 Oktober 2024: Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, mengesahkan bahawa seorang lelaki dilaporkan terjun dari Jambatan Tan Sri Sulaiman Daud di Sungai Maong semalam.
Dalam satu kenyataan, ACP Mohd Farhan menyatakan bahawa siasatan awal mendapati mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun, telah terjun ke dalam Sungai Maong dan tidak timbul semula.
Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (Op SAR) telah dilancarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), dan Lembaga Sungai Sarawak (LSS).
Usaha untuk mencari mangsa masih diteruskan, tetapi setakat ini, beliau masih belum ditemui.
ACP Mohd Farhan juga menambah bahawa punca kejadian masih dalam siasatan dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.
#BilikBeritaCats #Catsfm