KUCHING, 31 Okt – Tadika Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub (TATTARY), yang merupakan tadika tahfiz pertama di Sarawak, kini telah mencatatkan lebih 1,000 pendaftaran kanak-kanak sejak penubuhannya sehingga tahun 2024.
Setiausaha Kehormat Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS), Tan Sri Datuk Amar Dr Abdul Aziz Husain, berkata perjalanan TATTARY bermula dengan hanya 97 murid pada tahun pertama.
Cabaran terbesar pada ketika itu, jelasnya, adalah meyakinkan ibu bapa mengenai keberkesanan pendekatan pendidikan tahfiz untuk peringkat awal kanak-kanak.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun TATTARY Ke 15 di sini, pada Khamis.
Kini, dengan kemudahan pembelajaran yang lengkap termasuk teknologi digital dan pembangunan profesional guru-guru dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, TATTARY terus melangkah maju dalam menawarkan pendidikan berkualiti yang menyeluruh.
#BilikBeritaCATS #CATSFM