Kuching, 31 Oktober: Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB) hari ini mengagihkan sumbangan tangki air kepada enam kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.5 Demak Laut.
JBALB dalam kenyataan hari ini berkata, sebanyak 278 buah tangki air akan diagihkan yang melibatkan kos sekitar RM263 ribu.
Sumbangan ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh kira-kira 180 penerima bagi memudahkan urusan penyimpanan air untuk keperluan harian dan masa-masa memerlukan.
Simbolik penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.5 Demak Laut, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, di Terminal Kampung Bako, Kuching, hari ini.
Sementara itu, Datuk Dr Hazland, ketika ditemui media berkata, sumbangan tangki air tersebut merupakan inisiatif kerajaan Sarawak untuk membantu penduduk yang berisiko menghadapi kemarau atau gangguan bekalan air.
#BilikBeritaCats #Catsfm