Kuching, 19 Oktober: Sarawak mengenal pasti perairan di Miri sebagai lokasi untuk menjalankan kajian penukaran Tenaga Termal Laut (OTEC) sebagai sumber tenaga baru bagi wilayah ini.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pemilihan perairan tersebut mempertimbangkan keadaan tanah laut yang latar dan kedalaman yang sesuai untuk kajian tersebut.
Katanya, Sarawak berada di kawasan tropika yang relevan dengan suhu tinggi dan lautan sejuk ditambah dengan keunikan continental shelf yang memberikan potensi penting untuk pengeluaran tenaga daripada laut.
Kajian ini dijadual akan mengambil masa sekitar satu setengah tahun untuk dilaksanakan.
Tambah beliau, sekiranya kajian itu berhasil, teknologi ini akan membolehkan Sarawak menghasilkan banyak tenaga dan sekiranya berlebihan ia akan dieksport ke negara lain di rantau ASEAN.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Wawasan Kelestarian Sarawak 2024 di Kuching hari ini.
#BilikBeritaCats #Catsfm

BILIK BERITA CATS

30 October 2024 | 04:25 PM