Kuching, 27 Oktober: Kuching Marathon 2024 mencatatkan penyertaan sekitar 10 600 orang peserta.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata berdasarkan jumlah itu, seramai lebih 3 ribu peserta merupakan peserta antarabangsa dari pelbagai negara.
Katanya, acara tahunan seperti ini secara tidak lansung menyumbang kepada pertambahan kedatangan pelancong ke wilayah ini.
Tambah beliau, jumlah penyertaan peserta untuk edisi kali ini lebih ramai berbanding edisi sebelumnya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurkan acara pelepasan larian bagi kategori 42 kilometer di Padang Merdeka Kuching, awal pagi tadi.
Dalam pada itu beliau menambah, acara ini turut mendapat sambutan oleh warga Sarawak sendiri yang kebanyakkannya menyertai kategori 21, 10 dan 5 kilometer.
Oleh sebab itu, acara seumpama ini mampu menjadi platform terbaik untuk mengukuhkan hubungan antara komuniti dan keluarga.
#BilikBeritaCats #Catsfm